![]() | |||
faveret aku asam laksa umphhh |
Dah biasa dah dengar mak selalu larang aku makan maggi tapi nak buat macam mana, sedap kot siapa je yang nak tolak uih. Biasa kalau malas aku masak maggi ni guna air panas je. Ambik mangkuk letak maggi letak perencah lepastu taruk air panas satu cawan. Tutup lah dengan pinggan ke apa asal dia terperok dalam tu kasi wap panas berolak katenye. Alah buat macam maggi cup tu. Pemalas kan.
Lepastu aku terbaca satu artikel kat mana entah. Barulah aku tahu maggi pon boleh masak gaya sihat kononnya. Yelah, dalam mi tu ada bahan kimia macam lilin tak silap aku yang ambik masa dua ke tiga hari rasanya untuk dihadam. So dia pun ajarlah cara nak masak mi tu kasi buang bahan kimia tuh. Cara nak masak dia macam nih.
- Biarkan air tu menggelegak, sukatan air tak penting kau taruk je ikut suka hati. Dah menggelegak masukkan maggi sahaja ke dalam periuk. Jangan biarkan maggi tu masak sangat takut lembik, sebab...
- Air yang tengah guna untuk masak maggie tu akan dibuang, tapis maggi tu dan gantikan dengan air yang baru. Sebab kira bahan kimi dia dah terlerai dari maggi pindah ke air tulah.
- Lepastu boil balik air bagi menggelegak, masukkan perencah. Masukkan pulak maggi tu bila perencah tu dah sebati dan masak dalam air tu. Padam api, jangan masak maggi tu sampai lembik, tak selera pulak nak makan.
Nak masak maggi rupa nak masak beria kan, berejam. Tapi kira okay lah tak da lah lilin tu masuk dalam badan nak proses berkurun dalam perut. Apa pun masak macam mana pun maggi ni tetap tak da khasiatnya. Cuma ada lah inisiatif sikit bagi maggi tu sihat sikit untuk dimakan. Kalau nak exam eloklah hentikan, makan lah vege. Cendawan pun superb.
No comments:
Post a Comment