Pages

Thursday, 25 December 2014

masak maggi cara sihat lagi menyihatkan

faveret aku asam laksa umphhh



Dah biasa dah dengar mak selalu larang aku makan maggi tapi nak buat macam mana, sedap kot siapa je yang nak tolak uih. Biasa kalau malas aku masak maggi ni guna air panas je. Ambik mangkuk letak maggi letak perencah lepastu taruk air panas satu cawan. Tutup lah dengan pinggan ke apa asal dia terperok dalam tu kasi wap panas berolak katenye. Alah buat macam maggi cup tu. Pemalas kan.



Lepastu aku terbaca satu artikel kat mana entah. Barulah aku tahu maggi pon boleh masak gaya sihat kononnya. Yelah, dalam mi tu ada bahan kimia macam lilin tak silap aku yang ambik masa dua ke tiga hari rasanya untuk dihadam. So dia pun ajarlah cara nak masak mi tu kasi buang bahan kimia tuh. Cara nak masak dia macam nih.

  1. Biarkan air tu menggelegak, sukatan air tak penting kau taruk je ikut suka hati. Dah menggelegak masukkan maggi sahaja ke dalam periuk. Jangan biarkan maggi tu masak sangat takut lembik, sebab...
  2. Air yang tengah guna untuk masak maggie tu akan dibuang, tapis maggi tu dan gantikan dengan air yang baru. Sebab kira bahan kimi dia dah terlerai dari maggi pindah ke air tulah.
  3. Lepastu boil balik air bagi menggelegak, masukkan perencah. Masukkan pulak maggi tu bila perencah tu dah sebati dan masak dalam air tu. Padam api, jangan masak maggi tu sampai lembik, tak selera pulak nak makan. 



Nak masak maggi rupa nak masak beria kan, berejam. Tapi kira okay lah tak da lah lilin tu masuk dalam badan nak proses berkurun dalam perut. Apa pun masak macam mana pun maggi ni tetap tak da khasiatnya. Cuma ada lah inisiatif sikit bagi maggi tu sihat sikit untuk dimakan. Kalau nak exam eloklah hentikan, makan lah vege. Cendawan pun superb.

Sunday, 21 December 2014

kalau nak hensem dan cantik senyum




Aduh harini aku kena tegur pulak dengan mak aku. Bukan pertama kali senanya, dah banyak kali. Dengan orang lain pun tegur benda yang sama. Semuanya pasal kes aku tak suka senyum. Dorang kata muka aku bengis lah, cengih lah (entah ape benda tah maksudnye) garang lah. Yang paling deep bila kena label takde perasaan arg stress!



Tapi bila aku pikir balik ada betul gak semua tu. Mungkin lah aku nih jenis macam alah kalau kau buat kelakar tak berapa nak kelakar aku nak gelak macam mana. Haa situ dah nampak ego nya. Bila dipikir balik aduh kenapa lah aku macam nih. Asal aku tak macam orang lain. Tak friendly ke aku nih? Lepas tuh aku terbaca lah satu artikel dari majalah maskulin (katekoo). "Karakter cantik dan kacak ini bermaksud karakter positif. Orang yang positif, sentiasa rendam wajah mereka dengan senyuman. Senyuman mereka mampu membuat orang lain ikut senyum." Perghh apekehal pulak nak main rendam rendam pulak nih. Tapi statement nih memang menyentuh lah aku untuk berubah (poyo). Ada betul jugak kot yelah macam mana muka nak elok kalau atitude kat orang pon aku hancur.



Mak aku pon kata kalau kita duk melayan orang dengan muka bengis cengih kasar, sampai ke tua muka kau melekat sombong garang nya kat situ. Oh mak itu sangat menyentuh hati. Jadi aku pon menanam azam untuk sentiasa senyum untuk kelihatan kacak selalu *kenyit mata tiga kali.


Wednesday, 17 December 2014

nak ambil aliran apa untuk tingkatan 4 nanti?



Entah kenapa pulak aku nak cakap pasal sekolah balik. Yelah memandangkan sekolah pon dah nak dibukak lagi beberapa minggu je lagi. Mana yang pelajar sekolah rendah cuma naik turun kelas je macam tu jugak lah dengan tingkatan 1, 2 dan 3. Bagi yang tingkatan 4 pulak akan tempoh kiranya satu benda baru lah. Dorang ni kena pilih aliran yang bersesuian dengan minat dorang kiranya. Aku pon berniat lah untuk berkongsi pendapat aku untuk memilih aliran. Memandangkan aku dulu pon tak ada sapa nak tolong pilih kan aliran. Lagi lah aku yang sulung datang pulak dari 'keluarga baru' (kira anak pertama masih bersekolah lah) tak tahu nak bertanya pengalaman kat siapa. Abang kakak pon takda.


So apa salahnya aku berkongsi pendapat kat dorang yang penah ada masalah nak pilih aliran macam aku. Aku nih sekolah biasa je, kiranya sekolah harian lah. Macam kat sekolah aku ni ada banyak jenis aliran. Ada aliran sains tulen, sains teknologi (sains kejuruteraan), sains pertanian dan perakaunan (dalam satu kelas). Kelas aliran lain pulak macam aliran teknik, grafik berkomputer, katering dan penyajian dan aliran kemaanusiaan.



Tapi aku tahu pasal aliran sains jelah (hehehe) since aku pon dari kelas aliran sains teknologi yang tuhan jelah tahu betapa susahnya mata pelajaran teknologi kejuruteraan dia. Okay biar aku terangkan apa yang ada kat dalam kelas aku (matapelajaran dialah bukan perabot kepe). Macam kat kelas aku ni pelajr dia diwajibkan ambil semua subjek yang telah dipakejkan. Kat sekolah lain aku tak tahulah sama macam aku ke tak. Kalau kat kelas aku ni macam biasalah kena ambil 5 subjek teras Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Moden (ModMath), Sejarah dan Pendidikan Islam (Pendidikan Moral bagi yang bukan muslim). Lepas tu dia punya subjek elektif pulak macam Kimia, Fizik, Matematik Tambahan (Addmath), Lukisan Kejuruteraan, dan Teknologi Kejuruteraan yang mahadasat. Semuanya ada sepuluh.



Tapi sebenarnya aku tak minat pon aliran yang aku ambil tu memandangkan kerja mekanikal ni bukan minat aku pon sebenarnya. Ikutkan aku lebih minat dengan kelas sains tulen takpun sains perakaunan. Sebab dua ni macam tertumpu dan banyak berpikir. Dahtu tak payah nak hafal peralatan kebenda semua macam subjek yang aku tak minat tuh (tak puas hati). Lepastu pulak macam seronok je prinsip akaun main kira kira bagai tu. Sains pertanian pulak dah aku tak minat nak berkebun. 


Apa pon sebenarnya kita kena pikir positif jugak. Tak kira lah aliran apa yang kita ambil, susah ke senang ke. Yang penting kena fokus lah. Aku dulu sepanjang aku ada di tingkatan 4, aku tak pernah suka addmath. Bagi aku addmath ni macam merepek nak cari kiraan siap ada abjad lagi. So leceh. Tapi bila aku dah mula fokus pada subjek (yelah spm dah nak dekat masa tu) aku mulalah cari seorang kawan tuk tolong aku. Dialah yang ajar aku pasal addmath from zero to hero? takdelah hero cuma ada lah jugak dapat aku tunjuk jalan kira aku tu daripada tak reti apa. So macam aku cakap kena fokus lah pada subjek yang kita ambil tu. Aku pon menyesal sebab ada banyak masa aku yang terluang aku biarkan macam tu je. Padahal aku boleh pergi belajar kat tuisyen ke. Aku beli buku soalan tahun tahun lepas pon masa SPM dah nak dekat so kira macam terlambat dan ruginyaaaa.



Korang yang nak ambil tingkatan 4 ni sebenarnya sekarang bukan masa untuk berhanimun bagai. Korang kena terus bangun memandangkan korang berada pada fasa baru yang gila tak tahu apa. Macam addmath tulah. Menatang yang ada nombor ngan huruf yang jalan kira nauzubillah panjang. Kalau math pulak gila kacang. Sebab dah macam bahasa Melayu pulak nak kena isi True ke False bagai wuhoo.


Apapun goodluck lah tuk korang. Buat yang terbaik untuk exam tahun depan. Yang exam dua tahun depan pon jangan nak tido lagi. Bangun dan buat lah transformasi yelah dua tahun je lagi kau kat sekolah tu. Pastu blah dah. Sebelum blah tu buatlah jasa sikit kat sekolah. Kat family pon sama. Yang paling penting kat diri sendiri sebab walau apa pon jadi benda ni semua korang yang aku pegang, tempoh dan akan korang tanggung sampai lah bila. Malas nak merepek dah, maaf kalau tak kena dengan apa yang korang nak cari. Harap dapat tolong lah sikit walaupun ada lah sejemput.


 






Monday, 15 December 2014

aku dan blog stail aku

Aku pun tak pasti kenapa aku nak mula berblogging balik. Sebenarnya blog aku ni blog lama cuma aku ubah suai balik jadi satu blog yang baru. Memandangkan blog dulu agak tertumpu pada post pasal fakta yang langsung tak tertumpu pada life aku. Yelah, lepas dok membaca blog orang rasa nak jugak menulis blog sendiri. Bukan untuk tujuan menarik pembaca pon, cuma kat sini aku boleh lah meluahkan perasaan aku ke haha takdelah cuma kt sini aku boleh lah menulis pasal hidup aku. Mana tahu anak aku nk baca apa aku buat masa muda (berpikiran jauh kononnya). Paling tidak, aku boleh baca penulisan aku balik dan prbaiki lah cara berpikir aku. Dari kebudakan ke arah kedewasaan katenye. Aduh payah jugak nak menaip dalam fon. Kecik je tulisan. Kat sini jelah aku merepek. Entah bila aku nak sambung new entry.